Saturday 20 February 2010

Rintihan


Aktivis Dakwah & Serikandi Muslimah


Rintihan wanita melayu Patani


Penulis ingin berkongsi kepada pembaca tentang kisah yang penulis dengar dan lihat sendiri semasa berada di program anjuran Deep Peace dan beberapa siri perbincangan dengan aktivis muda di Yala.


Jika Malaysia terkenal dengan ISA satu akta yang boleh menangkap sesiapa sahaja individu yang kononnya mengancam keselamatan Negara, Thailand tidak kurang juga dengan undang-undang rimbanya. Emergency Law dan Marshal Law merupakan dua akta yang fungsi penggunaannya sama dengan ISA di Malaysia. Cuma yang membezakan adalah, Emergency Law boleh menahan individu selama 30 hari, dan Marshal Law hanya 7 hari. Namun yang menghairankan undang-undang ini hanya digunapakai di 3 wilayah yang dihuni majoriti melayu muslim ya’ni Patani, Narathiwat dan Yala.


Akta ini sangat berkait dengan nasib malang yang menimpa kaum wanita khususnya kaum ibu yang mempunyai suami dan anak lelaki muda. Kerana sejak peristiwa Tak Bai 5 tahun lepas, ramai lelaki muslim terutamanya di 3 wilayah Melayu Muslim ini ditahan menggunakan ‘jungle law’. Alasan penangkapan yang diberikan oleh pihak tentera adalah ‘pengganas’. Namun dari cerita yang diberikan kaum ibu kepada penulis adalah suami dan anak mereka hanya seorang imam, tok bilal, penoreh getah, jamaah masjid dan pelajar di sekolah pondok.


Penulis ingin membawa beberapa kisah benar yang penulis dengar sendiri dari mangsa ketidakadilan. Kes pertama, kisah seorang isteri yang terpaksa menganti tempat suami menerima seksaan dari pihak tentera, apabila suaminya telah mati ditembak setahun yang lalu. Mesra dengan panggilan kak Nik, berkongsi dengan penulis dan peserta lain dalam dewan Education Center bersebelahan Rajabath University mengenai penderitaannya selepas kehilangan suaminya. Kak Nik pernah ditahan selama 28 hari oleh askar Thai. Serbuan dilakkukan di rumahnya di Hatyai. Beliau menceritakan antara bentuk penyeksaan yang beliau lalui adalah dikurung selama 2 jam di dalam sebuah kamar yang bersaiz kecil, tanpa sebarang cahaya dan begitu dingin. Ketika berada dalam tahanan, Kak Nik terasa maut begitu dekat dengan dirinya.


Lain pula kisah Kak Zakiah, 25. Beliau terpaksa berpisah dengan suaminya semasa mengandung 6 bulan. Kini bayi tersebut telah pun berusia 6 bulan. Fatin itulah nama anak kepada Kak Zakiah. Bayi yang dingin dengan wanita setiap kali ingin mendukung dan bermain dengannya. Namun mudah mesra dengan lelaki yang bermain dengannya. Begitulah naluri seorang anak yang tidak pernah merasa belaian dari seorang ayah. Kini suami kak zakiah berada dalam kem tahanan di Hatyai selama setahun atas tuduhan sebagai pengganas. Kak Za terpaksa mengambil masa 4 jam dengan menggunakan kereta api dari Narathiwat ke Hatyai. Belaiu juga mengatakan suaminya turut menerima nasib yangs sama dengan tahanan yang lain, diseksa. Penyeksaan adalah satu perkara biasa bagi para tahanan yang masih tidak disebut kesnya di mahkamah. Antaranya kuku dicabut, renjatan elektrik, dipukul menggunakan objek tajam dan sebagainya.


Setiap peserta wanita yang penulis temui semasa berada dalam program Deep Peace membawa kisah berlainan namun kesan yang sama. Iaitu, mereka kehilangan insan yang menjadi tulang belakang keluarga, trauma, dan dipress.


SERIKANDI MUSLIMAH LANDAS


-------------------------------------

PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

NARATHIWAT - Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah. Ibu tersebut bernama Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand, di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.

Tenaga kerja Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), telah mengunjungi jenzah para suhadaa’ tersebut serta melaksanakan pengkebumian sebagai orang mati syahid. Terlalu banyak orang-orang kampung yang tidak berdosa telah dibunuh dan diuggut oleh pehak tentera supaya tidak keluar bekerja di ladang getah. Mereka terpaksa keluar bekerja untuk mendapatkan rezeki untuk hidup.

No comments:

Post a Comment